be_ixf;ym_202005 d_30; ct_100
CLOSE

TERMA DAN SYARAT PERADUAN MONSTER MOTOGP 2019 (“PERADUAN”)

TERMA DAN SYARAT PERADUAN MONSTER MOTOGP 2019 (“PERADUAN”)

submit entries from September 01 2019 to October 15 2019

promotion rules

MAKLUMAT PENTING: SILA BACA TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT (“Terma dan Syarat”) DENGAN TELITI SEBELUM ANDA MENYERTAI “PERADUAN” INI KERANA IA MERUPAKAN PERJANJIAN YANG SAH DARI SUDUT UNDANG-UNDANG DI ANTARA ANDA DAN COCA-COLA REFRESHMENTS MALAYSIA SDN BHD (929539-M) (“PENGANJUR”). DENGAN MENYERTAI “PERADUAN” INI, ANDA DIANGGAP TELAH MENERIMA DAN AKAN MEMATUHI SEMUA Terma dan Syarat PERADUAN  INI.  

 

A. Kelayakan Peserta

1. “Peraduan” ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia, pemastautin tetap di Malaysia yang mempunyai Kad Pengenalan yang sah atau pemegang permit kerja Malaysia yang sah.

2. Kumpulan individu berikut adalah tidak layak untuk menyertai “Peraduan” ini: (a) Kakitangan pihak “Penganjur” Coca-Cola Refreshments Malaysia Sdn Bhd, Coca-Cola Bottlers (Malaysia) Sdn Bhd dan Coca-Cola Far East Ltd, agen pengiklanan, pembekal dan perkhidmatan promosi; (b) Syarikat sekutu dan berkaitan dan keluarga terdekat mereka (suami atau isteri, anak-anak, ibubapa, adik beradik termasuk pasangan mereka) daripada (a). 

 

B. Tempoh Peraduan

1. “Peraduan” ini akan berlangsung dari 1hb September 2019 jam 00:00:00 dan akan berakhir jam 23:59:00 pada 15hb Oktober 2019 (“Tempoh Peraduan”).

2. Semua “Penyertaan” “Peraduan” yang diterima selepas “Tempoh Peraduan” dikira batal dan tidak sah tanpa sebarang notis lanjutan. Pihak “Penganjur” tidak akan bertanggungjawab ke atas peryertaan “Peraduan” yang hilang, lambat diterima dan/atau “Penyertaan” yang salah (seperti yang ditakrifkan di perenggan C2 di bawah). 

 

C. Cara Penyertaan

1. Untuk menyertai, para peserta perlu membeli 2 tin produk Monster Energy 355ml (“Produk Yang Turut Serta”) dalam resit tunggal dari mana-mana kedai (“Kedai Yang Turut Serta”) semasa “Tempoh Peraduan”.

2. “Produk Yang Turut Serta” adalah Monster Energy 355ml.

3. Setiap pembelian 2 tin Monster Energy 355ml “Produk Yang Turut Serta” dalam resit tunggal melayakkan peserta kepada satu (1) penyertaan (“Penyertaan”).

1. Peserta dikehendaki mengimbas KOD QR peraduan seperti yang dicetak pada Bahan Di tempat Jualan Peraduan di kedai atau log masuk ke https://www.monstercontest.com.my. 

2. Peserta dikehendaki memberikan nama penuh, alamat e-mel dan nombor telefon mereka dan menyerahkan gambar Bukti Pembelian untuk tujuan pengesahan, dan jawab soalan cabaran. Peserta mesti menjawab soalan cabaran dengan betul agar dapat disenaraikan sebagai penyertaan yang layak.

3. Peserta yang dipilih untuk disenarai pendek akan berdasarkan jawapan yang betul, maklumat lengkap, tarikh dan masa. Peserta perlu menyimpan resit rasmi asal yang dikemukakan dalam “Penyertaan” untuk pengesahan pemenang dan penebusan “Hadiah”. Kegagalan untuk mengemukakan resit rasmi, jawapan yang salah atau penyerahan maklumat yang tidak lengkap akan mengakibatkan pembatalan kelayakan dan peserta seterusnya akan dipilih untuk disenarai pendek melalui proses yang sama.

4. Sekiranya peserta yang disenarai pendek tidak dapat dihubungi atau hilang kelayakan, peserta yang disenarai pendek baharu akan dipilih berasaskan tarikh dan masa berikutan dengannya.

5. Setiap “Penyertaan” akan disahkan oleh pihak “Penganjur” dan/atau wakilnya. Pihak “Penganjur” berhak membatalkan “Penyertaan” jika didapati butir-butir yang dikemukakan tidak sah.

6. “Penyertaan” “Peraduan” akan dibatalkan jika “Penyertaan” tidak sah, dicacatkan, diubah, duplikasi, tidak diperolehi dengan cara yang sah, percetakan tipografi, mekanikal dan/atau kesilapan lain dan/atau percetakan tidak jelas dan/atau maklumat yang tidak dilengkapi dan/atau bukti pembelian tidak disertakan. 

7. Setiap “Penyertaan” “Peraduan” (termasuk bukti pembelian) menjadi harta pihak “Penganjur” dan tidak akan dikembalikan.

 

B. Hadiah-Hadiah

1. Terdapat sejumlah 73 hadiah (“Hadiah”) untuk dimenangi di semua “Kedai Yang Turut Serta” di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. “Hadiah” “Peraduan”:   

a. Hadiah Utama: 3 x unit Sepasang Pas Paddock ke Sepang Motogp, Monster Energy Yamaha ‘Pit Tour’ dan ‘Meet The Rider’, ‘GOPRO Hero 7 Black’ dan ‘GOPRO VR46 Sleeve & Lanyard’

b. Hadiah Pertama: 30 x unit T-Shirt Monster VR46

c. Hadiah Kedua: 40 x unit Topi Monster VR46

2. Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu (1) “Penyertaan” tetapi setiap “Penyertaan” mesti disertakan dengan satu (1) resit rasmi asal yang lengkap dengan butiran yang dikehendaki. Jikalau terdapat lebih daripada satu (1) pembelian di dalam satu resit rasmi, setiap 2 tin Monster Energy 355ml akan diambil kira sebagai satu (1) penyertaan. Sebagai contoh, pembelian 20 tin Monster Energy 355ml dalam satu (1) resit rasmi akan diambil kira sebagai 10 penyertaan.

3. Setiap pemenang layak memenangi hanya satu (1) “Hadiah” disepanjang “Tempoh Peraduan”.

4. Pemenang “Peraduan” akan dimaklumkan melalui aplikasi WhatsApp atau telefon mengenai butiran penuntutan “Hadiah”.

5. Pemenang mesti menyimpan bukti pembelian untuk penuntutan “Hadiah”.  Resit rasmi yang asli, fotokopi atau foto resit boleh diterima.

6. Bukti pembelian mestilah bertarikh dalam “Tempoh Peraduan”.             

7. Pihak “Penganjur” berhak untuk mengubahsuai mekanik “Peraduan” tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.

8. Pihak “Penganjur” memerlukan pemenang “Peraduan” menandatangani Perjanjian Penyertaan/Pembebasan untuk penuntutan “Hadiah”. “Penyertaan” peserta di bawah unmur 18 tahun memerlukan persetujuan ibu, bapa atau penjaga. Ketidakpatuhan boleh menyebabkan hilang kelayakan “Penyertaan”. Sekurang-kurangnya, persetujuan hendaklah terdiri daripada yang berikut:

 

Kepada: Coca-Cola Refreshments Sdn. Bhd. (929539-M), saya [nama ibu, bapa atau penjaga], pemegang kad pengenlan _________________________, adalah ibu/bapa/penjaga kepada [nama pemenang]; peserta *Peraduan Monster MotoGP 2019 yang telah memenangi *Isikan hadiah (“Hadiah”). Saya dengan ini mengesahkan kelayakan dia untuk menerima “Hadiah” mengikut “Terma dan Syarat” yang ditakluk.

 Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga / Tarikh: 

9. Pihak “Penganjur” akan menguruskan segala maklumat dan data peribadi yang dikumpulkan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

10. “Hadiah” yang gagal dituntut satu (1) minggu selepas tarikh pemberitahuan kemenangan “Hadiah” akan dilupuskan oleh pihak “Penganjur”.

 

C. Pengesahan

1. “Penyertaan” yang dihantar adalah tertakluk kepada pengesahan.

2. Keputusan pihak “Penganjur” adalah muktamad, konklusif dan mengikat. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. 

 

 

D. Syarat-Syarat Lain

1. Semua bahan promosi termasuk butir-butir mengenai Cara “Penyertaan” dan “Hadiah” merupakan sebahagian daripada “Terma dan Syarat” “Peraduan” ini. Sekiranya terdapat ketidakselarasan antara “Terma dan Syarat” dan bahan pengiklanan, promosi atau publisiti mengenai “Peraduan” ini, “Terma dan Syarat” akan diguna pakai.

2. Pihak “Penganjur” tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan, kegagalan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tanpa izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telefon, laman web, sistem komputer dalam talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer, sistem, peranti, perisian, kegagalan e-mel atau penerimaan “Penyertaan” disebabkan oleh masalah teknikal atau kesesakan lalu-lintas di internet atau perkhidmatan telekomunikasi hasil daripada bahan “Penyertaan” atau muat turun berkaitan dengan “Peraduan”.

3. Tertakluk kepada apa yang dibenarkan oleh undang-undang Malaysia, Coca-Cola Far East Limited (Malaysia Branch), pihak “Penganjur”, syarikat sekutu, anak syarikat, agensi pengiklanan dan promosi, pegawai syarikat, pengarah syarikat, pekerja, ahli pemegang saham, peguam dan ejennya (secara kolektif; “Ahli Gabungan”) tidak akan bertanggungjawab kepada peserta untuk kerosakan langsung, tidak langsung, khas, sampingan, ganti rugi tauladan atau akibat kerosakan (termasuk kehilangan penggunaan, data, perniagaan atau keuntungan) yang timbul daripada atau berkaitan dengan “Penyertaan”dan kemenangan “Hadiah” dalam “Peraduan” ini, sama ada liabiliti tersebut berlaku berpunca daripada apa-apa tuntutan berasaskan kepada kontrak, jaminan (termasuk kecuaian), liabiliti ketat atau sebaliknya, dan sama ada peserta telah dinasihatkan atau tidak kemungkinan atau kerosakan berlaku. Dengan menyertai “Peraduan” ini, setiap peserta bersetuju untuk melepaskan sebarang liabiliti dan membebaskan “Ahli Gabungan” daripada sebarang dan kesemua kerugian, ganti rugi, hak, tuntutan dan sebarang tindakan yang berkaitan dengan borang atau akibat daripada penerimaan, pemilikan, penggunaan atau penyalahgunaan “Hadiah”, atau perjalanan ke atau dari apa-apa aktiviti berkaitan “Hadiah”, termasuk tidak terhad, kecederaan peribadi, kematian, dan kerosakan harta benda, dan tuntutan berdasarkan hak publisiti, fitnah atau pencerobohan privasi.

4. Coca-Cola Far East Limited (cawangan Malaysia), pihak “Penganjur” dan “Ahli Gabungan” tidak membuat apa-apa waranti, sama ada nyata atau tersirat, termasuk tetapi tidak terhad kepada,jaminan tersirat kebolehdagangan atau kecergasan untuk tujuan tertentu ke atas sebarang “Hadiah”. Tanpa mengehadkan keluasan yang terdahulu atau apa-apa yang tertera di dalam “Terma dan Syarat” ini. Coca-Cola Far East Limited (Cawangan Malaysia), pihak “Penganjur” dan “Ahli Gabungan” sedikit bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan terhadap “Hadiah” “Peraduan” ini. Untuk mengelakkan keraguan, tiada peruntukan di dalam Terma dan Syarat ini akan ditafsirkan sebagai mengehadkan liabiliti mana-mana pihak untuk kematian atau kecederaan peribadi yang disebabkan oleh kecuaian parti itu atau apa-apa liability yang tidak boleh dikecualikan di bawah undang-undang Malaysia.

5. Coca-Cola Refreshments Sdn Bhd dan/atau syarikat sekutu dan/atau Pihak “Penganjur” dan/atau ejen dan agensi yang dilantik berhak menggunakan maklumat peribadi (termasuk rakaman visual) peserta yang dikumpulkan untuk tujuan mentadbirkan pihak “Penganjur” / “Peraduan”, termasuk pemeriksaan latar belakang dan pengesahan kelayakan peserta untuk “Penyertaan” dan memenangi “Hadiah”. Dengan menyertai “Peraduan” ini, peserta bersetuju untuk mengizinkan Coca-Cola Refreshments Sdn Bhd dan/atau syarikat sekutu dan/atau Pihak “Penganjur” dan/atau ejen dan agensi untuk tujuan demikian. Coca-Cola Refreshments Sdn Bhd dan pihak “Penganjur” menghargai maklumat peribadi yang diterima dan tidak akan mendedahkan atau memberi maklumat peribadi peserta kepada pihak yang tidak berkaitan (kecuali ejen dan agensi yang dilantik untuk kegunaan “Peraduan”atau dikehendaki undang-undang). 

6. Walau apa pun yang tertera di atas, pihak “Penganjur” berhak untuk meminda, menambah, menggantikan, mengubah dan/atau mengubah suai “Terma dan Syarat” ini tanpa memberi notis terlebih dahulu. Dengan menyertai “Peraduan” ini, peserta bersetuju dengan “Terma dan Syarat” yang tertera dan segala pindaan, penambahan, penggantian, variasi dan/atau mengubah suai oleh pihak “Penganjur” adalah muktamad, konklusif dan mengikat.   

7. Seseorang yang tidak berkenaan dengan sebarang perjanjian dan “Terma dan Syarat” ini; tidak mempunyai hak di bawah Akta Kontrak (Hak Pihak Ketiga) atau sebarang ubah suai “Terma dan Syarat” ini.

8. “Terma dan Syarat” “Peraduan” ini akan ditadbir oleh undang-undang Malaysia. Pihak-pihak dengan ini mengemukakan kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah di Malaysia. 

9. Pihak “Penganjur” adalah Coca-Cola Refreshments Malaysia Sdn Bhd, dengan tempat perniagaan utama di Aras 15, Menara Lien Hoe, Persiaran Tropicana, 47410 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

10. Untuk butiran, sila rujuk Bahan Di tempat Jualan Peraduan di kedai atau layari laman web https://www.monsterenergy.com atau hubungi 03-7880 5611 (Isnin - Jumaat, mulai 9:00 am hingga 5:00pm, kecuali cuti umum). Semua panggilan ke nombor ini daripada telefon anda mungkin dikenakan caj panggilan oleh pembekal perkhidmatan anda.